Tuesday, May 26, 2009

Train and place

Program latihan train and place di laksanakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Sumber manusia adalah untuk membantu para graduan yang masih menganggur sekurang-kurangnya satu tahun untuk meningkatkan kemahiran serta pembangunan diri untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Pusat Latihan Azuryn Resources Sdn Bhd telah dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mengendalikan program latihan Certificate Executive Development. Tempoh latihan ini adalah selama 3 bulan dan peserta kursus akan dibayar elaun sebanyak RM500.00 sebulan. Yuran latihan adalah dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan. Tempat tinggal juga disediakan.

Tajuk Kursus

Certificate in Executive Development

Siapa yang layak memohon?
Graduan yang memiliki diploma dan ijazah dalam semua bidang dan telah menganggur selama satu tahun.

Tempoh Kursus
3 Bulan

Tempat tinggal disediakan

Tujuan Kursus
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan self development peserta. Selepas menghadiri kursus peserta mempunyai pengetahuan yang luas mengenai aspek perniagaan dan berkeupayaan menjalankan tugas dalam bidang sumber manusia, pentadbiran dan berkeupayaan menjadi ketua bahagian/unit. Peserta akan diberi pendedahan dalam aspek pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan masa dan menyelesaikan masalah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan.

Peserta akan ditawarkan pekerjaan setelah menamatkan latihan.

Kursus akan bermula 15 Jun 2009

Sila hubungi
Azuryn Resources sdn Bhd
24B Jalan Diplomatik
Persint 15 62050 Putrajaya

Tel: 03 8888 7058
03 8888 7059

Pemohon dikehendaki berdaftar dengan Job Malaysia. No pendaftaran perlu diisikan dalam borang permohonan.

JobsMalaysia.gov.my